Pada perlawanan kedua FCP dalam Liga Damansara 2010, FCP telah mencapai kemenangan 4-3. Walaupun setelah 15minit perlawanan FCP ketinggalan dengan 2 gol, hasil jaringan daripada Aris, Piang & Dek memastikan FCP mendahului 3-2 pada separuh masa pertama. Pada 2 minit terakhir, Team DU telah berjaya mengikat kedudukan menjadi 3-3. Namun setalah sepak mula, Aris telah berjaya memastikan FCP membawa pulang 3 mata berharga.
1st game FCP dalam Liga Damansara 2010
•4 June 2010 • Leave a CommentLiga Damansara 2010 telah pun bermula pada 30 Mei 2010. Perlawanan pertama FCP ialah bertemu Putra FC dari Ampang. Sayangnya kebanyakan pemain FCP telah pulang ke kampung halaman masing-masing kerana cuti panjang (Wesak). Hanya 13 orang pemain yang hadir iaitu Zua, Mamat, Mat Rima, Bakri, Zeril, Leman, Gombak, Jenal, Keri, Ayie, Mamataki, Aris & Mat Lee. Walaupun terpaksa menahan asakan daripada Putra, FCP mendapat 2 peluang keemasan melalui rembatan padu Mamataki yang menyinggahi tiang dan percubaan ‘lob’ daripada Aris. Namun sedikit kesilapan daripada benteng FCP telah menghadiahkan Putra gol pertama pada minit ke 29. Pada separuh masa kedua, FCP menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan. Keadaan cuaca yang sungguh panas telah membataskan pergerakan pemain dan nyata keletihan mengatasi segalanya. Satu lagi kesilapan pertahanan telah dilakukan pada minit ke 58 dan pihak lawan telah berjaya menewaskan Zua pada situasi 1 lawan 1. Walaupun FCP tewas 0-2, mutu permainan FCP masih lagi di tahap memuaskan dimana hampir 60% bola dikuasai FCP. Cuma penyudah yang kurang tajam menghampakan semua pemain. Pemain terbaik pada perlawanan tersebut ialah Zua (Penjaga Gol) kerana telah berjaya menyekat sekurang-kurangnya 4 percubaan merbahaya Putra FC.
PESAT taja FC Peteh dalam Liga Damansara 2010
•4 June 2010 • Leave a CommentAlhamdulillah, pada tahun ini Persatuan Anak-anak Terengganu di Selangor & Kuala Lumpur (PESAT) telah sudi menaja FC Peteh(FCP) dalam Liga Damansara 2010 anjuran Planet Football. Pada tahun ini juga, FCP telah berjaya mendapat khidmat beberapa pemain muda untuk diketengahkan di dalam saingan Liga Damansara. Di harap dengan adanya penajaan ini, semua pemain yang terpilih dapat menunjukkan komitmen dan usaha yang terbaik untuk kejayaan FCP.

Recent Comments